Khatam Al-Quran | EXO + VIXX comeback.

 

Assalamualaikum.

Rajin pulak aku hari ni nak update, padahal baru minggu lepas aku update, ahaks. Okay, kita terus pergi dekat cerita kita yang pertama, Khatam Al-Quran

Hari Rabu, ada raptai Khatam Al-Quran lepas rehat, jadi form 1 dengan 2 , yang lain tak ingat lol, kena masuklah, jadi aku termaksuklah sekali, mula-2 ustaz tanya lelaki siapa yang masuk and bla bla semua tak nak, jadi ustaz gertak "siapa yang tak berdiri sampai aku kira sampai 3 semua berdiri tengah panas" jadi hero-2 kita ni pun bangun lol. Lepas tu ustaz pandang perempuan, lepas tu pandang aku, aku mula cuak gila, tangan sejuk, kaki sejuk menggeletar, lepas tu ustaz tanya ustazah, nasib baik tak panggil perempuan, aku cuak gila doh. Okay, ustaz nak test, ada satu abang 2 AA ni, suara dia macam budak-2 sikit ahaks, jadi dia asyik tak dengung dekat satu ayat ni, kesian dia, dah lah suara macam tu lol. Khamis pulak betul-2 punya, tapi aku tak datang, haha, aku pujuk ibu aku, ayah aku tak nak datang, waktu sahur lol, alhamdulillah diorang kasi haha.

Malam Rabu tu, aku cari kasut raya, semua tak berkenan dengan hati aku, tak apa-2 lah fesyen kasut sekarang, bunga sebesar-besar alam, macam India. Akhirnya, jumpa juga kasut yang simple yang tertarik, menarik hati aku. Ibu aku dapat tau kenapa aku nak baju raya aku warna purple, dia kata, "ni mesti Baekhyun suka warna ungu kan?" lol bocor rahsia ;^;. Ahh yes, ibu aku tahu nama Baekhyun and dia tau siapa, tengok berapa teruknya aku stan dia, too much stan him. I love Baekhyun. tetiba pula.


Them comeback, asdfghjkl. ;U;
Ya Allah ! OMG ! VIXX COMEBACK! Okay aku dah menggila. Aku baru tau semalam, lol memanglah diorang comeback semalam. Aku dapat tahu bila aku tengok VIXX TV eps 59 waktu rehat dekat sekolah, pukul 12 keluar, balik sekolah terus tengok.Terima kasih pakcik Jellyfish, bagi Leo senyum dalam MV G.R.8.U (You're impressive). N pula, kena sawan ;


Why am I stan you too much?
Diorang shirtless tapi separuh je yang kena tangkap dalam gambar, alah penuh lah, trolololol, puasa Alina, puasa. Ahahahaks. Aku paling suka lagu Otokaji. Aku ingat lagu dia macam Ken selalu nyanyi, Aku dengan adik aku tak habis-2 nyanyi lagu tu. Haha.  Tapi kan, diorang post mv diorang 2 jam tapi baru 301+ yang tengok. Kesian diorang ;u;. Please support them as you support EXO. lmao. Our maknae line having a gay , bromance friend time ;




Hari ni EXO comeback kan? Aku pukul 11 malam tadi menunggu lagu tu keluar, omg Baekhyun, Ya Allah, Baekhyun, dia pakai singlet je, ahahaks, kenapa semua bias aku semua sessy belaka? ;u; Lagu dia, ermm, macam mana nak cakap, okay awesome gila than wolf. Aku pun ternganga tengok diorang rapat-2 kan muka dekat camera, macam nak ambil selca pulak. Suara Luhan, asdfghjkl, I melt down like ice cream.
1 minit berlalu tapi dah ada 301+ yang menengok. Such a famous group. Patut lah banyak sangat sasaeng fans, lol.


Okay just for this entry, okay bajet choral speaking pula, selamat hari raya, harap korang dapat duit raya banyak as well. Bye. N-nyeong lol.

Comments

Popular Posts