Raya guyss! // Tak mungkin…



Assalamualaikum & Selamat Hari Raya!

Selamat hari raya! Hari untuk kita bersuka ria! Ewaah! Menyanyi pulak kita. Biasalah dah hari raya, yang suara sengau pun join nyanyi-nyanyi sekali. Hahaha. Selamat hari raya aidilfitri. Maaf kalau ada terkasar bahasa terutama sekali untuk orang yang lebih tua atas penggunaan ‘AKU’. Saya cuma tak biasa nak cakap saya awak ni. Dan saya nak minta maaf kalau ada yang terasa disebabkan post-post saya. Niat saya langsung tak ada nak buat orang terasa, saya cuma nak luahkan apa yang saya rasa. Gedik ke, mengarut ke, atau apa apa je, semuanya terkeluar dengan sendiri waktu saya taip post-post tu. Maaf zahir dan batin! /bows 360degrees. :3

Okay! Dah maafkan? Saya hanya insan biasa yang melakukan kesalahan sengaja mahupun tidak sengaja. Tolonglah maafkan saya! Tolong lah! hahaha. It’s up to you guys to apologise me or not. Dosa aku dah habis :p . Tahun ni, aku tak balik kampung. Takde rezeki. InsyaAllah hujung tahun ni. Doa-doa kan lah ye. Aku pun rindu dengan kakak sedara aku yang comel tu. Hahaha. Jadi raya dekat rumah jelah.

Raya pertama tu, biasalah bangun pagi-pagi minta maaf dekat ibu dengan ayah. Aku ni jadi pembawa air untuk budak budak yang menambang aka cari duit raya. Yang adik aku, pagi-pagi keluar menambang dengan kawan kawan dia. Tak semena-mena, datang budak yang minta couple dengan aku. Ya Allah, terkejut aku. Malu gila nak face to face dengan dia. Ibu tanya kenapa, aku cakaplah dia tu minta couple aku dulu. Ibu gelak-gelak je. Aku pun terpaksa tunggu dekat dapur. Lama pulak dia duduk dekat rumah aku. Aku pun, bila dia nak balik? Cepatlah.

Siang tu, tengah best-best tengok tv, tiba-tiba sedara-sedara ayah aku datang rumah. Ibu… “Alamak!” lari masuk bilik. Aku pun lari lah masuk dalam bilik aku dengan melompat-lompatnya nak elak sofa. Haha. Yelah, mahu tak lonjat-lonjat, aku pun dengan seluar pendek, tak pakai tudung haha. Ruang tamu kosong je. Diaorang, Assalamualaikum, assalamualaikum, tengok rumah terbuka, tv hidup, orangnya mana? Yang ayah tengah solat dalam bilik aku. Aku pun, “Aduuh, macam mana nak tukar baju ni?” siap ayah solat, ayah tanya, “kenapa lari lari ni?” haha, malu je. Lepas dah siap tukar baju, aku keluar lah, jadi anak sedara solehah, salam yang tua tua. Ada adik ayah aku ni, dari Jakarta, datang Malaysia, aku tak tahu lah nama dia siapa tapi kitaorang panggil acik Pun je. Dia kata, “Udah besar Bella ya.” Wait wait, Bella? Bukan nama kau Alina Bila ke…? Aku ni unique sikit. Macam macam nama aku ada, Nabila, Bila, Bella, Alina, Lina. Mana kau nak? Aku tak kisah haha. Jadi lepas dah tolong angkat makanan, aku duduk lah. Jadi duduk bertentangan dengan seseorang mamat ni. Anak pertama acik Pun ni. Mula mula sekali aku tengok paha dia. Okay, I’m not a pervert, please guys, aku cuma nak tengok kecil ke besar, and kecil gila! Jeles! Dia dah kurus, tinggi, comel lah juga~ handsome lah juga~. For physical, he is perfect. Dia iras-iras Haris Alif tu. Suka lettew? Tu tak nak letak gambar dia, karang tergoda. Kalau nak, pikat sedara dekat dia dulu. Hahaha. Oh lupa, nama dia Ikhwan.


To be honest, niat aku nak tulis entry ni, sebab dia je. Okay ni firasat aku, entah betul entah tidak. Tapi biarlah orang nak kata syok sendiri. Ni cuma firasat aku. Waktu dia first time datang rumah aku raya tu, aku nampak adik paling kecil ni. Aku ni kan tak boleh tengok budak kecil apa lagi yang chubby tu. Habis lah kena cubit dengan aku. Dia tengok aku je aku cubit adik dia, aku fikir dia marah, tapi aku buat tak tahu je. Aku perhatikan dia jadi nak cover tengok adik dia kejap-kejap. Waktu aku tengok adik dia, aku macam rasa yang dia perhatikan aku. aku pun, perasaan je tu. Tengok dia balik, lepas tu pandang tempat lain. Aku pandang tempat lain, aku rasa lagi dia tengok aku. Ibu tanya, dia kelas berapa, dia bisik mak dia dekat sini apa panggilnya, lepas tu dia kata dia SMP kelas 3 aka tingkatan 3. Aku pun, ohh, tua setahun. Aku ingat dia form 5. Rupa-rupanya, dia sebaya dengan aku. Dekat sana sekolah start umur 6 tahun. Bayangkan, aku tinggi 164 cm tapi aku tinggi bahu dia je. Lepas tu adik dia ruin mood, buka pintu bilik aku, dah lah ada poster VIXX. Mana boleh diaorang tengok suami-suami aku. Nasib baik sempat tutup balik. Haha. Jadi yang lain ada yang balik ada yang tak, lepas tu, tinggal, Ikhwan, adik dia paling kecil, mak dia dengan ayah dia lah. Aku pelik, apa yang tunggu dekat rumah aku? Baik dia ikut yang lain kan? Perasan? Baca balik dari mula plsss.
Okayy tu first, malam tu, aku pergi rumah sedara aku tempat acik Pun and his family tu stay. Waktu tu, dia tak ada, aku pun tercari-cari dia, hehe, rupa-rupanya dia keluar dengan sedara-sedara lain. Dia nampak aku kitaorang, terus lari pergi dapur. And then gone. Rupa-rupanya, dia, adik aku (Iki), ayah dia dengan ayah keluar pergi kedai minum atas sebab ayah dia minta tolong ayah tentang Ikhwan ni. Malas nak cerita. Malas nak buka aib orang, kesian dia kan. ((eleh, dah suka dia, tu tak nak buat macam tu kan?)) :PPP lepas dah balik tu, dia duduk dalam bilik je, tak nak keluar-keluar. Tetiba aku terdengar lagu Come Back Home. Aku pun, minat k-pop ke Ikhwan ni? Elok lah tu, senang nak rapat dengan dia. /giggles.
Second, ((lol, aku tersengih-sengih buat entry ni ahah)), esoknya, ibu aku ajak keluarga Ikhwan tu makan tengah hari. Aku pun bercadang nak rapat dengan dia. Yelah, aku tak rapat dengan sedara belah ayah aku, best chance isn’t it? Aku cadang nak lah, wechat dia, tapi kalau boleh minta no dia, boleh whatsapp kehkehkeh. Tak lose contact gitu. Last-last dia tak datang. Ayah dia kata, dia lari ke mana entah. Putus harapan ;_;. Apa cerita? Haha, sabar lah ada lagi.
Malam sebelum diaorang nak balik Jakarta, pergi lagi rumah diaorang stay tu, sebab ayah nak bagi duit untuk nenek aku. Sampai-sampai, adik dia welcomed me, “kakak kakak” aku pun apa lagi cubit pipi dia. Lepas tu aku nak salam ayah dengan mak dia, dia cubit pipi adik aku? EhHHH? Tak pernah pernah? Nak revenge sebab aku cubit adik dia atau pun nak tiru aku? Lepas tu dia lari masuk dalam since kitaorang duduk luar. Ayah dia kata, nenek teringin nak tengok cucu-cucu  & anak dia, yelah dah 2 tahun tak jumpa. Walaupun nenek tu pendiam, tak friendly tapi aku tetap sayang dia. Ayah dia or acik Pun tu pun suruh tangkap gambar kitaorang guna handphone ayah dia. Aku malu sebab everybody watched us! Semua! Aku lari lah. Ibu gesa jugak. Yang Ikhwan tengok je. Malu lah. Satu abang sedara aku tu cakap, “dia malu lah tu”. Did you know my feeling abang? Hahaha. Jadi ibu tolong tangkap kan. Ikhwan tengok je. Maluuu! Lepas tu dia terus ambil handphone ayah dia. Okay aku malu je. Aku yang hitam pun nampak merahnya. Aishhh! Lain kali buat video chat lah! Nak balik tu, salam salam lah. Ayah dia panggil anak-beranak dia. Aku duduk sebelah ibu, dia salam sebelah aku terus berpaling. Eceh! Aku ni mak sedara dia. Tak nak salam ke? Ikut mak dia, aku mak sedara dia. Ikut ayah dia, aku sedara dia. Hahaha. Pelikkan? Whatever lah.

Muahahahambar. Aku syak dia suka aku? Pfft, bye!

Assalamualakum.

Comments

Popular Posts