After 5 years... Part 1




Salam and hellooooooo! Dah lamanya tak buka blog! I’m back with a new me! tiber maksud sis, compare to before la, sis kini berbeza. Ya Allah banyak bezanyaa hehehehe. 4 tahun kan tinggalkan blog, of course ada perbezaan. Now I’m a university student! Ya Allah tak sangka panjang juga umur, melangkah ke menara gading gituw. Sekarang ni aku tengah buat degree dekat UTHM, specifically, Bachelor of Computer Science (Web Technology) with Honours (lmaooo kenapa aku tulis nama penuh idek).
Tapi tak pernah sangka akan ambil degree sains computer, I was imagining myself as a meteorology student hehehe sebab cita-cita nak jadi meteorologist tapi masa form 6 tak ambil geografi so takleh pursue dalam bidang ni. The funny thing is ibu tentang betul course sains computer ni sebab ramai orang ambil. Last-last anak dia ambil hahahaha. Dah alur cerita hidupku begini, apa boleh ku buat gituw.

So starting today (the day I was writing this post), I’m on my semester break. Wah cuti sem macam budak u gituw hahaha. So rasa banyak masa free, aku cadang nak update blog ni since banyaak cerita. Starting from my SPM sampai la sekarang. From a timid Alina to a timid Alina, still timid but different surrounding (haaaa?) mesti cam “benda???” lol. Okay so in this post, sis akan cerita briefly tentang my life throughout these 5 years gituw.

SPM…

Last post, here aku ada cerita yang aku ambil kelas sains. Alhamdulillah, couldn’t believe that I was survived through those 2 years, form 4 dan form 5. Memang susah woi! Tapi ahahahaha first exam masa form 4 aku dapat nombor 2 dalam kelas, nombor 6 dalam tingkatan woi!
add math wajib gagal ok lol.
Aku terkejut sangat, sebab first, kelas sains, second aku compete dengan budak RK (budak RK ni budak kelas pandai). Memanglah budak RK sekelas dengan aku but maksud aku, aku punya result lebih ok daripada diorang tu yang mengejutkan hahaha.
After that,budak-budak kelas aku semua bangkit lol and yeah I was lost la, but ok la, dapat result top 10 and top 20 dalam tingkatan hahahaha despite the fact I was not a good student.

Throughout my SPM days la, aku taknak cerita pasal pelajaran semata-mata, aku nak cerita benda lain. Fuh, bismilah sebab cerita ni can cringe you out lol.

Okay, time aku form 5, aku dilantik sebagai ketua kumpulan untuk pengawas. Wasn’t a big deal pun, group untuk bahagi tugas, macam group ni untuk jaga kantin, yang ni jaga kelas yada yada macam tu. Every group was given this book for report la kan tapi group aku tak dapat. This friend of mine who was ketua pengawas said "takpe,aku uruskan". Dah dekat 2 bulan but still aku tak dapat, so aku guna buku latihan as buku laporan. Setiap kali kena hantar hari Jumaat, group aku jela yang buku lain.

One day, aku sakit perut and datang lambat. Tup tup rupanya ada perjumpaan dengan Penolong Kanan. Aku sampai semua, aku minta maaf sebab lambat. Meeting habis then kawan aku, si Z datang... "Weh si A (ketua pengawas) kata kau tak buat kerja dekat cikgu B". Aku terkejut la kan, sebab aku takde masalah dengan dia. Aku diam je. Then datang kawan aku yang lain si X kata benda sama, si Y pun sama. Cerita sama. Kalau tipu mesti ada pusing-pusing sikit kan. So aku decide tanya dia depan-depan. Mula-mula dia tak mengaku tanya siapa kata macam tu, aku tak bagitahu siapa. Tapi aku desak dia, tanya betul ke tak, then dia kata ya. Aku geram la kenapa cakap macam tu, padahal aku buat kerja, aku takde masalah dengan dia. Dia pusing-pusing cerita, lepas tu kata dia tak cakap pun yang aku tak buat kerja. Aku apa lagi kalau marah sangat menangis lmaooo. But kawan aku semua backup aku, since kami mula tak suka dengan dia sebab dia ni kaki bodek cikgu. Then, datang cikgu lain masuk redakan keadaan.

Time rehat, mak dia datang. Forgot to mention yang mak dia kaunselor sekolah. Mak dia kata "Oh A rasa sedih sebab begaduh dengan Alina, putuskan persahabatan sampai dia menangis" LMAOO dia menanagis bukan sebab tu, sebab dia takde yang backup! Dia desak aku bagitahu siapa kata macam tu, aku cakap "tak kisahla siapa yang bagitahu, yang bagitahu saya 3 orang, semua kata benda sama. Kalau tipu mesti cerita lain-lain." Then dia desak juga, aku tetap diam. Then mak dia blah.

Fast forward, cerita ni tersebar satu sekolah and aku dikenali sebagai pembuli hahaha. Since mak dia berpengaruh and dia pun sama. Budak pandai kan. Budak kelas aku pun kena tempias sekali sebab backup aku. Bila fikir balik kelakar woi, tak pasal-pasal aku famous lol. Tapi cikgu lain semua tahu perangai dia dengan mak dia macam mana. So cikgu pun takde benci kami semua. Itu sahaja cerita gempak untuk time SPM hahaha.

Apa-apapun,I love my Kreatif gang! Aku tak pernah rasa left out sekali pun dengan diorang. Best classmates ever!


Sekarang kita masuk bab result SPM! Fuh...
muka nervous nak tahu result... cer teka mana kita hiks
Actually memang betul nervous weh. Aku ingat aku gagal SPM sebab sejarah kertas 3 memang susah. Susah sangat! Aku menangis balik fikir memang gagal la SPM aku.
first time dapat anugerah!
Alhamdulillah! Result aku okay sangat untuk orang macam aku hehehe.

Masa tunggu result tu ya Allah... Ibu ayah tak dapat join sebab time tu ayah sakit. Aku seorang je datang. Masa tu harapan tinggi masa yang sama rasa gagal sebab sejarah susah. Rasa gementar sungguh. Time tu terfikir kalau gagal, mesti kecewa ibu dengan ayah, dah lah ayah sakit. Kawan lain ada yang dah tengok result since result keluar pukul 10, kalau cikgu announcedalam pukul 10.30. Tapi aku takut sangat dan dalam hati rasa result ok :p kecuali sejarah la. Aku expect aku dapat 6A. So aku decide untuk tunggu cikgu annouce.

Mula-mula cikgu announce yang dapat 10A... and ofc bukan. Kemudian 9A... ofc bukan aku. Then 8A... aku tengok cikgu pegang laminated kertas yang ada nama (fyi, cikgu aku akan bagi nama yang dapat certain A dekat satu kertas berlaminate). Dari jauh aku nampak macam nama aku. Aku dalam hati "jangan berharap woi! Tak mungkin kau dapat 8A". Tetiba nama aku diannouce dahulu. Ya Allah aku punya shocked sampai menangis. Aku terkejut gila, mennagis pun gila-gila hahaha. Cikgu panggil ke depan ambil result, tapi aku kata taknak sebab menangis teruk sangat dah. Cikgu paksa juga. Ya Allah bila difikirkan kelakar woi dh la sebab semua tengok aku sampai ada kawan mak aku ingat "ni yang nangis masa ambil result tu kan?" bila jumpa aku hahaha. Memang aku sorang je nangis time tu.
muka lepas nangis :p
Then aku call ibu, ibu pun sebak. Dekat klinik tu semua orang tahu result aku hahaha sampai orang-orang tu kasi duit weh. Aku dapat RM500 daripada orang yang baru kenal like 2 hari sebab result aku. Then this aunty pun menangis sebab result aku hahaha. Rezeki, rezeki. Hadiah SPM, pakai braces hahaha.

That's all for this part la. Next part is much interesting hehehehe. Good bye for now!

Comments

Popular Posts